Sunday 29 September 2013

Sekitar Sesi Bedah Buku Andalusia, Here We Come!




Kiri saya, Encik Shahrul dan kanan saya Encik Amir; kedua-duanya editor di Galeri Ilmu


Banner! Saya lambat perasan ejaan nama saya tersilap sedikit.


Baju oren tu ialah kawan saya yang bertanya soalan ketika sesi soal jawab. Thanks la Ferd!

Seorang lagi kawan yang hadir tak ada gambar untuk saya masukkan di sini.

Allah sahaja yang selayaknya membalas kebaikan anda semua.

:)



Saturday 28 September 2013

Pengalaman Pertama

Jujurnya saya memang bukan orang yang layak bercakap di khalayak ramai. Saya tiada pengalaman dan tidak begitu suka expose diri. Tadi saya pecahkan dinding yang menghalang saya selama ini. Saya bercakap di tengah-tengah SACC Mall untuk sesi bedah buku Andalusia, Here We Come!

Walaupun adalah 2, 3 orang yang mendengar sesi berlangsung, tetapi saya tetap berpuas hati. Hari ini, saya lakukan sesuatu yang baru, yang tidak pernah saya buat sebelum ini. Saya sudah keluar daripada zon selesa dan mencabar diri!

Nurisha, you have nothing to lose. Why worry?

Itu yang saya tanya kepada diri apabila saya hampir tidak mahu menyertai sesi ini. Kita tak sangka apa yang kita sebenarnya mampu lakukan apabila melangkah keluar daripada zon selesa selama ini. Dan hari ini saya bangga dapat bercakap di atas pentas bersama dua editor yang lain. Sesuatu yang tidak pernah saya fikir saya akan lakukan sebelum ini.

Yes, why worry? You have nothing to lose anyway.

Bak kata Nike, Just Do It! :)


Gambar ihsan daripada facebook page Alahai! Mutiara Minda MPH
https://www.facebook.com/mphmutiaraminda?ref=stream

Terima kasih sahabat-sahabat saya yang sudi hadir. Din, Ferd dan Alep. Allah sahaja yang membalas kebaikan kalian.

Apa tunggu lagi? Jom keluar daripada zon selesa. Do something. Just do it. :)

Friday 27 September 2013

Memperkenalkan buku Andalusia Here We Come!




Tempat : MPH Bookstore SACC Mall Shah Alam
Tarikh : 28 September 2013 (Sabtu)
Masa : 11 pagi hingga 12 tengahari

Saya akan berada di tempat dan masa di atas untuk mempromosikan buku terbaru saya, Andalusia Here We Come!

Jemputlah datang beramai ramai. :)

Wednesday 18 September 2013

Andalusia, Here We Come!

Kesyukuran seharusnya dipanjatkan sepenuhnya kepada Allah S.W.T kerana kasih sayang yang melimpah ruahNya, buku kedua saya sudah terbit. Sambungan buku Oh London terbitan PTS Publictions kini berada di pasaran. Tajuk diberi ialah ANDALUSIA HERE WE COME!


Buku ini di bawah terbitan syarikat Galeri Ilmu Sdn. Bhd. Ada yang mengatakan saya akan dipanggil ustazah kerana menerbitkan buku di bawah Galeri Ilmu. Maklumlah Galeri Ilmu hanya menerbitkan buku-buku tarbiah. Jadi apa salahnya menulis buku yang berkonsepkan tarbiah, kan? Gaya penulisannya masih hampir sama dengan Oh London! tetapi ditambah baik dengan penceritaan yang mencabar.

Pembaca boleh 'like' facebook page buku ini di sini :

Di page tersebut, pembelian buku juga boleh dilakukan di sana. Buku ini hanya berharga RM10. Dengan setiap pembelian, saya akan tandatangan dan menghantar secara percuma! Buku ini juga boleh didapati di laman web Galeri Ilmu, http://galeriilmu.com/

Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan perjalanan penerbitan dan pencetakan buku ini. Melebihi Oh London! lagi. Maklum ini buku kedua, jadi saya lebih berpengalaman dan berhati-hati menulisnya. Saya berharap buku ini akan diberi sambutan  yang menggalakkan daripada pembaca. Semoga ada manfaat yang dapat diperoleh daripada membaca buku-buku saya.

Saya akan cuba selalu post di blog yang dah banyak sawang-sawang melekat ni. =) Saya sudah habis belajar dan sedang menunggu keputusan peperiksaan. Doakan saya!