Tuesday 31 January 2012

Mawaddah

Sesiapa yang membaca buku Oh London! akan berkenalan dengan watak seorang kanak-kanak bernama Mawaddah dalam bab 9. Hari ini saya ingin berkongsi dengan semua pembaca Oh London! mengenai Mawaddah. Ini kisah benar.

Kisah Mawaddah adalah kisah benar. Bukan rekaan seperti watak-watak yang lain. Watak ibu bapa dan abang-abang Mawaddah juga bukan watak rekaan. Mereka benar-benar wujud. Mawaddah anak istimewa yang lahir di bumi United Kingdom dengan sindrom yang jarang didengar. Sangat jarang. Saya menulis mengenai Mawaddah dengan harapan agar sesiapa yang membaca tulisan saya akan mendoakan kanak-kanak kecil ini supaya membesar dengan sihat dalam lindungan kasih Allah.

Saya sertakan blog tulisan ibubapa Mawaddah untuk pembaca mengikuti kisahnya.
http://dinoor.blogspot.com/

Mawaddah sekeluarga sudah pulang ke Malaysia minggu lepas. Rawatannnya akan diteruskan di Malaysia. Sistem perubatan di Malaysia dan UK berbeza. Saya berdoa agar segalanya dipermudahkan buat anak kecil ini. Saya pernah merasai sendiri pengalaman betapa 'berbeza'nya sistem perubatan UK dan Malaysia. Saya doakan yang baik-baik sahaja untuk Mawaddah.

Saya percaya dengan kuasa doa. Semua orang juga saya percaya, yakin dengan kuasa doa. Marilah kita sama-sama doakan agar Mawaddah terus membesar dengan kuat.

Selamat pulang Mawaddah. =D

5 comments:

  1. Assalamualaikum Lisa,

    Salam perkenalan. Akak juga salah seorang pembaca Oh London! Menarik. Teruskan menulis ye. Terima kasih untuk perkongsian ini Lisa.

    Love,
    Kak Ina

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam =)

    Salam perkenalan untuk kak fazlina juga. Terima kasih kerana membaca Oh London!

    ^_^

    ReplyDelete
  3. Salam Isha...auntie dah baca Oh London dan sekarang menuggu yang terbaharu.

    Semoga Mawaddah sihat seperti kanak2 lain.

    ReplyDelete
  4. hai cikgu...ni muzaffar dlm kelas 1 A yg cikgu ajar dkt smk pbp 1...cikgu saya nk beli buku oh London cikgu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai!

      Buku tu dah takde di pasaran. Tapi cikgu ada lagi satu copy. Ada facebook? Add la cikgu. Lagi senang. :)

      Delete