Saturday 19 October 2013

Fly, fly away~~



:)

Saya akan ke Seoul, Korea esok. 

Doakan perjalanan selamat pergi, selamat di sana, dan selamat pulang ya?

Saya berdoa supaya saya dapat menimba ilmu baru di tempat orang.

Sampai jumpa nanti!




Saturday 12 October 2013

Hebahan Untuk Pembaca!

InsyaAllah saya akan ke Seoul, South Korea pada 21-26 Oktober ini. Saya ingin mengirimkan poskad dari sana untuk pembaca buku Oh London! dan Andalusia, Here We Come! 

Caranya mudah sahaja.

1) Ambil gambar bersama buku saya dengan cara yang paling kreatif. Nak photoshop, atau apa sahaja, terpulang. Subjeknya ialah anda dan buku tersebut.


2) Di bahagian caption, tulis apa sahaja yang anda suka dan dapat apabila membaca buku itu.


3) Post gambar di page facebook Oh London atau Andalusia, Here We Come dan ajak semua manusia yang anda kenal untuk klik 'like' pada gambar anda.

Tarikh tutup peraduan ialah pada 19 Oktober 2013 jam 10 malam. DUA GAMBAR yang memiliki 'like' terbanyak akan saya kirimkan poskad khas dari Seoul sepanjang saya di sana nanti. Saya akan berhubung dengan pemenang pada 20 Oktober.

Tiada had umur dikenakan (asalkan bukan baby yang sah-sah tidak boleh mambaca lagi)

Selamat bergambar!
 

Sunday 6 October 2013

Jom Derma Darah

Ini kali ketiga saya menderma darah. Kali pertama di Malaysia. Dua kali di UK.

Saya mula ada kesedaran menderma darah ketika di UK. Ada seorang kawan yang menderma darah secara konsisten mengajak saya menderma. Memang NHS akan datang universiti saya dua kali setahun untuk program derma darah. Jadi saya pun dermalah. It was fun!

Balik Malaysia, masih tak berkesempatan menderma sejak setahun lepas. Pernah mencuba sekali tetapi tak boleh sebab zinc tak cukup. Selalu zinc saya bawah 125 atau sipi-sipi je bacaan dia. Semalam cukup pulak! Saya makan kerang malam tu, jadi mungkin sebab tu bacaan ok.

Entah kenapa pagi semalam terfikir nak derma tiba-tiba. Tengok laman web pusat darah negara, tengok sama ada buka hari Ahad atau tak. Buka! Saya pun terus mandi dan bersiap. Niat di hati nak pergi seorang. Ajak kawan, dia setuju nak ikut. Risau juga drive sorang-sorang takut apa-apa selepas derma. 2 kali di UK tak apa-apa pun. Cuma sebagai langkah keselamatan, bawa kawan sekali.

Prosedurnya sama seperti di UK. Daftar, temuduga dan ambil darah. Saya biasa penuhkan beg darah dalam 3-4 minit. Semalam pun lebih kurang juga. Selepas derma, saya ke refreshment room. Makanan disediakan tetapi memandangkan saya masih kenyang, bawa sahaja makanan balik. Mak yang makan sudahnya.

Saya ingin mengajak pembaca untuk sama-sama menjayakan kempen derma darah. Alasan takut jarum tu, tak relevenlah. Saya pun takut jarum. Tipsnya, jangan pandang bila nurse cucuk. Pandang lain. Jarum ambil darah memang besarlah. Nak ambil darah 350ml kan, mestilah besar. Jadi jangan tengok. Bukan sakit mana pun. Rasa macam kena gigit semut je. Itupun sesaat dua je sakitnya. Bila darah dah mula mengalir keluar, tak sakit dah.

Dermalah. Derma darah menyelamatkan nyawa. Kita tak tahu siapa yang boleh kita bantu. Mungkin ahli keluarga sendiri, mungkin sahabat tersayang, mungkin diri sendiri satu hari nanti. What goes around, comes around, kata omputih. Semua kebaikan ada balasannya. Allah bekerja dengan cara yang kita tak tahu.

Saya suka tagline kempen derma darah UK.

Give blood, do something amazing.

Yes, giving blood IS an amazing job!






Wednesday 2 October 2013

Solat




Buku terkini yang saya baru selesai baca.

Saya susah sekali nak mengalirkan air mata. Kalau tengok drama atau filem pun, saya susah nak menangis padahal kawan-kawan dah srott srott dah. Hehe.. Kali terakhir saya memang menangis gila ialah menonton drama adaptasi kisah benar. Drama Jepun, 1 Litre of Tears. Oh! Drama yang membangun jiwa dan meruntun air mata.

Membaca buku ni, saya sangat hampir mengalirkan air mata. Penceritaan yang jujur. Kita memang mudah tersentuh dengan penceritaan yang jujur, apatah lagi apabila menggunakan watak kanak-kanak. Kanak-kanak polos yang mindanya tidak tercemar dengan dunia sekeliling.

Saya tidak perlu baca buku bertajuk 'Jagalah Solatmu' misalnya, untuk saya renung kembali solat saya selama ini. Hafalan Solat Delisa, membuatkan saya memeriksa semula solat saya selama 24 tahun hidup ni. Cukupkah ikhlas dan khusyuknya? Cukupkah rukunnya dikerjakan dengan sempurna?

Buku-buku motivasi bukan minat saya. Boleh dikira banyak mana buku motivasi yang saya punya, dan saya baca. Saya gantikan dengan bacaan naskah yang membangun jiwa sebegini. Tidak perlu ada tagline 'Novel Dakwah' atau yang seumpama dengannya pada kulit buku. Buku sebegini ada kelasnya tersendiri. Dibaca tanpa ada first impression bahawa ia novel berbentuk dakwah, tetapi sambil menghayatinya, roh dakwah meresap tanpa sangka. Dengan halus dan anggun sekali.

Saya pasti, sesiapa yang selepas membaca novel ini akan bertanya kepada diri, 'Apakah solat aku sudah seikhlas anak kecil ini?'

Tipah Tertipu


Sewaktu saya ke Spain beberapa tahun lalu, saya memang teruja dengan pokok oren yang di tanam di tepi-tepi jalan. Memang menarik perhatian. Daun hijau dan buah oren, dua warna kontra yang menghiasi hampir kesemua tempat. Gambar ini saya ambil di perkarangan taman Mezquita di Cordoba.

Sebelum ke Cordoba lagi, memang saya dah tengok pokok ni nampak macam memanggil-manggil untuk dimakan buahnya. Tapi tak cuba-cuba juga sebab tak ada orang yang petik pun. Bayangkanlah, pokok oren sebegini, bersepah-sepah di tepi jalan, tak ada pulak orang nak petik dan jual. Kalau di Malaysia, memang togel tinggal pokok saja lah.

Selepas keluar dari Mezquita, saya dan kawan tengok kiri dan kanan, petik sebiji. Pengawal keselamatan pandang je kami. Alah, sebiji je pun. Takkan nak marah kan? Buang kulit, tengok isi dia bukan seulas-seulas. Tak tahu nak panggil buah apa. Tangerine bukan, clementine bukan, sunkist tu pun bukan. Isi dia macam melekat. Kena cubit pakai jari.

Kawan saya cuba. Bluwek! Dia luah. Saya pun cuba jugak. Pahit!!! Entah apa rasanya. Patutlah burung pun tak makan. Pengawal keselamatan tu macam buat muka sinis. Ciss! Cakaplah. "Dik, tak ada orang makan buah ni." Kan kitaorang boleh batalkan hasrat murni tu. Mujur saya tak telan. Memang tak lalu nak telan pun.

Pantun khas sempena buah oren yang ntah rasa apa ni

Hijau oren sungguh tak padan,
Diguna pakai jarang-jarang,
Cantik molek rupamu tuan,
Hatimu jua disanjung orang.