Tentang Saya

Assalamualaikum semua!

Saya ialah seorang pelajar sepenuh masa dan penulis buku separuh masa (eh?). =) Saya menulis buku pertama saya; Oh London! ketika saya berusia 21 tahun.

Tahun ini saya berumur 24 tahun. Saya sudah tamat belajar di University of Leicester, UK dalam jurusan Mathematics BSc. Sekarang saya baru sahaja habis melanjutkan pelajaran di Institut Perguruan Kampus Pulau Pinang untuk melatih saya menjadi guru. Sedang menunggu posting dan menulis buku ketiga.

Buku kedua saya, Andalusia Here We Come baru sahaja diterbitkan.

Mohon doanya, ya! ^_^