Sunday 6 October 2013

Jom Derma Darah

Ini kali ketiga saya menderma darah. Kali pertama di Malaysia. Dua kali di UK.

Saya mula ada kesedaran menderma darah ketika di UK. Ada seorang kawan yang menderma darah secara konsisten mengajak saya menderma. Memang NHS akan datang universiti saya dua kali setahun untuk program derma darah. Jadi saya pun dermalah. It was fun!

Balik Malaysia, masih tak berkesempatan menderma sejak setahun lepas. Pernah mencuba sekali tetapi tak boleh sebab zinc tak cukup. Selalu zinc saya bawah 125 atau sipi-sipi je bacaan dia. Semalam cukup pulak! Saya makan kerang malam tu, jadi mungkin sebab tu bacaan ok.

Entah kenapa pagi semalam terfikir nak derma tiba-tiba. Tengok laman web pusat darah negara, tengok sama ada buka hari Ahad atau tak. Buka! Saya pun terus mandi dan bersiap. Niat di hati nak pergi seorang. Ajak kawan, dia setuju nak ikut. Risau juga drive sorang-sorang takut apa-apa selepas derma. 2 kali di UK tak apa-apa pun. Cuma sebagai langkah keselamatan, bawa kawan sekali.

Prosedurnya sama seperti di UK. Daftar, temuduga dan ambil darah. Saya biasa penuhkan beg darah dalam 3-4 minit. Semalam pun lebih kurang juga. Selepas derma, saya ke refreshment room. Makanan disediakan tetapi memandangkan saya masih kenyang, bawa sahaja makanan balik. Mak yang makan sudahnya.

Saya ingin mengajak pembaca untuk sama-sama menjayakan kempen derma darah. Alasan takut jarum tu, tak relevenlah. Saya pun takut jarum. Tipsnya, jangan pandang bila nurse cucuk. Pandang lain. Jarum ambil darah memang besarlah. Nak ambil darah 350ml kan, mestilah besar. Jadi jangan tengok. Bukan sakit mana pun. Rasa macam kena gigit semut je. Itupun sesaat dua je sakitnya. Bila darah dah mula mengalir keluar, tak sakit dah.

Dermalah. Derma darah menyelamatkan nyawa. Kita tak tahu siapa yang boleh kita bantu. Mungkin ahli keluarga sendiri, mungkin sahabat tersayang, mungkin diri sendiri satu hari nanti. What goes around, comes around, kata omputih. Semua kebaikan ada balasannya. Allah bekerja dengan cara yang kita tak tahu.

Saya suka tagline kempen derma darah UK.

Give blood, do something amazing.

Yes, giving blood IS an amazing job!






No comments:

Post a Comment