Wednesday 2 October 2013

Tipah Tertipu


Sewaktu saya ke Spain beberapa tahun lalu, saya memang teruja dengan pokok oren yang di tanam di tepi-tepi jalan. Memang menarik perhatian. Daun hijau dan buah oren, dua warna kontra yang menghiasi hampir kesemua tempat. Gambar ini saya ambil di perkarangan taman Mezquita di Cordoba.

Sebelum ke Cordoba lagi, memang saya dah tengok pokok ni nampak macam memanggil-manggil untuk dimakan buahnya. Tapi tak cuba-cuba juga sebab tak ada orang yang petik pun. Bayangkanlah, pokok oren sebegini, bersepah-sepah di tepi jalan, tak ada pulak orang nak petik dan jual. Kalau di Malaysia, memang togel tinggal pokok saja lah.

Selepas keluar dari Mezquita, saya dan kawan tengok kiri dan kanan, petik sebiji. Pengawal keselamatan pandang je kami. Alah, sebiji je pun. Takkan nak marah kan? Buang kulit, tengok isi dia bukan seulas-seulas. Tak tahu nak panggil buah apa. Tangerine bukan, clementine bukan, sunkist tu pun bukan. Isi dia macam melekat. Kena cubit pakai jari.

Kawan saya cuba. Bluwek! Dia luah. Saya pun cuba jugak. Pahit!!! Entah apa rasanya. Patutlah burung pun tak makan. Pengawal keselamatan tu macam buat muka sinis. Ciss! Cakaplah. "Dik, tak ada orang makan buah ni." Kan kitaorang boleh batalkan hasrat murni tu. Mujur saya tak telan. Memang tak lalu nak telan pun.

Pantun khas sempena buah oren yang ntah rasa apa ni

Hijau oren sungguh tak padan,
Diguna pakai jarang-jarang,
Cantik molek rupamu tuan,
Hatimu jua disanjung orang.

No comments:

Post a Comment