Tuesday 31 January 2012

Mawaddah

Sesiapa yang membaca buku Oh London! akan berkenalan dengan watak seorang kanak-kanak bernama Mawaddah dalam bab 9. Hari ini saya ingin berkongsi dengan semua pembaca Oh London! mengenai Mawaddah. Ini kisah benar.

Kisah Mawaddah adalah kisah benar. Bukan rekaan seperti watak-watak yang lain. Watak ibu bapa dan abang-abang Mawaddah juga bukan watak rekaan. Mereka benar-benar wujud. Mawaddah anak istimewa yang lahir di bumi United Kingdom dengan sindrom yang jarang didengar. Sangat jarang. Saya menulis mengenai Mawaddah dengan harapan agar sesiapa yang membaca tulisan saya akan mendoakan kanak-kanak kecil ini supaya membesar dengan sihat dalam lindungan kasih Allah.

Saya sertakan blog tulisan ibubapa Mawaddah untuk pembaca mengikuti kisahnya.
http://dinoor.blogspot.com/

Mawaddah sekeluarga sudah pulang ke Malaysia minggu lepas. Rawatannnya akan diteruskan di Malaysia. Sistem perubatan di Malaysia dan UK berbeza. Saya berdoa agar segalanya dipermudahkan buat anak kecil ini. Saya pernah merasai sendiri pengalaman betapa 'berbeza'nya sistem perubatan UK dan Malaysia. Saya doakan yang baik-baik sahaja untuk Mawaddah.

Saya percaya dengan kuasa doa. Semua orang juga saya percaya, yakin dengan kuasa doa. Marilah kita sama-sama doakan agar Mawaddah terus membesar dengan kuat.

Selamat pulang Mawaddah. =D

Friday 20 January 2012

Peperiksaan

Esok saya akan menghadapi peperiksaan kertas pertama, Introduction to Financial Mathematics. Kertas kedua menyusul selepas cuti sehari dan terakhir pada 25 Januari.

Berdebar? Tentu. Kerana semua orang inginkan ijazah kelas pertama. Jadi perasaan berdebar itu mesti dilalui. Saya doakan yang baik-baik sahaja untuk saya dan kawan-kawan lain. Semoga Allah memberi kemudahan dan kelancaran untuk menjawab peperiksaan kedua terakhir ini.

I want to graduate next July!

Bismillahhitawakkaltu'alallah.

(Sesiapa yang akan menghadapi exam juga, good luck!!)

Friday 13 January 2012

Berita bertimpa-timpa.

Baru-baru ni saya dapat tahu kawan sekelas saya daripada tingkatan satu sampai tingkatan tiga akan berkahwin. Saya sangat gembira (gembira yang sangat-sangat tau!) tetapi juga sedih sebab tak dapat hadir. Majlis 6 Feb dan saya jauh beribu batu. Saya buat satu azam setahun yang lepas. Saya nak hadir semua majlis perkahwinan kawan saya tak kira sejauh mana (dalam Malaysia lah) Ini kali kedua seorang lagi kawan saya kahwin. Kali pertama tahun lepas, saya pergi Kota Bharu naik kereta api untuk pergi majlis perkahwinan. Sayang, kali kedua saya tak dapat nak penuhkan azam saya.

Lagi satu berita kahwin. Seorang sepupu saya akan kahwin pada 21 Januari ini. Kali ketiga saya tidak dapat menghadiri majlis perkawinan sepupu-sepupu saya. Inilah kekurangannya bila jauh begini. Ada majlis keraian atau kematian, tak boleh nak pergi. Sedih juga. Itu sudah pasti. Tapi nak buat macam mana kan?

Berita semalam. Gempar jugak di kalangan penuntut Malaysia di UK. (dan saya kira di France juga). Airasia tutup laluan ke London bermula 1 April 2012. Saya sudah siap-siap tempah tiket untuk emak saya datang sempena graduasi saya nanti. Sudahnya, saya dan kawan-kawan pening-pening mencari tiket baru. Perjalanan keluar dan masuk London akan mahal berganda-ganda bermula Julai. Jun masih murah. Kenapa? Saya pun tak tahu. Dan yang menambah gerun ialah GBP jatuh merudum sekarang. Jadi GBP ke RM jadi mahal. Lagi sekali T_____________T.

Tahun ini umur saya sudah masuk 23. (Emak saya ingat saya 21 nak masuk 22. Dia terkejut bila saya kata saya sudah 23. Emak masih fikir saya budak-budak lagi agaknya.. Hehe...) Jujur saya tidak merancang untuk kahwin dalam masa terdekat. Saya rasa saya masih muda (kan??). Apa pun berita kahwin sana sini kadang-kadang membuatkan saya berfikir 'aku ni nak kahwin bila?'. Saya masih tidak ada jawapan. =D

Oh ya! Saya sangat bersyukur kepada Allah kerana memberikan rezeki yang tidak putus-putus. Oh London! memduduki tangga ke 353 sebagai buku yang mencatat jualan tertinggi bagi tahun 2011 mengikut statistik PTS. Lihat sini : http://universitipts.com/index.php/site/comments/judul_yang_terjual_antara_2000_-_2999_unit_bagi_tahun_2011/

Saya berdoa sangat agar jualan akan terus laku selama yang mungkin. Menulis yang pada mulanya sekadar suka-suka memberi pulangan yang boleh tahan. =D

Doakan saya mudah menjawab peperiksaan pasa 21, 23 dan 25 Januari ini. Saya sedang berusaha. Sungguh.

Friday 6 January 2012

Sunday 1 January 2012

Selamat Tahun Baru!

Saya jarang tanya orang apa azam tahun baru. Juga saya tak ada azam tahun baru. Bagi saya berazam tak  perlu tunggu tahun baru. Ia dilakukan setiap hari. Saya nak kongsikan satu gambar yang saya paling suka sewaktu saya ke Spain tahun lepas. Random kan? Hehe..


Apa pun yang kita buat sekarang, akhirnya kita semua inginkan SYURGA. Satu-satunya matlamat akhir. Saya selalu bertanya kepada diri sendiri. Mampukah?