Wednesday 23 February 2011

Sepanyol; sebuah negara Islam yang hebat (satu ketika dahulu)

Cuti musim sejuk yang lepas, saya berpeluang bercuti ke Sepanyol, bersama lagi 7 orang rakan sempena cuti musim sejuk kali ni. Hari pertama cuti, kami sudah pun berangkat ke sana menggunakan pesawat tambang murah Ryanair berlepas dari Lapangan Terbang Birmingham. Mujur penerbangan kami tak tersekat sebab hari tu juga, salji turun dengan mencurah-curah. Kami terkandas di dalam pesawat selama 2 jam sebelum berlepas. Pengalaman yang menarik juga. Penerbangan dari lapangan terbang Heathrow dan Gatwick pagi tu, semuanya dibatalkan. Syukur sangat kami dapat juga berlepas.

Saya hanya pergi mengembara di sebuah negeri sahaja iaitu Andalasia. Di sini, kami pergi ke tempat-tempat menarik di Granada, Cordoba, Seville dan Malaga. Saya banyak pergi ke tempat keagungan Islam pada zaman kerajaan Andalus dahulu. Alhambra contohnya, dibina sebagai gambaran syurga. Terdapat 'sungai-sungai' kecil mengalir di lantai bangunan. Bukankah Allah telah berfirman, "syurga yang mengalir air dibawahnya"? Saya rasa, lebih baik jika gambar menceritakan segala. Sebab Saya tak begitu pandai memberikan gambaran tentang kehebatan negara yang satu masa dahulu merupakan kerajaan Islam Eropah yang sangat kuat.

GRANADA :






CORDOBA :









SEVILLE :












MALAGA :








Bacalah sejarah Islam di Sepanyol. Dan jangan kita ulanginya semula. Sebab Saya yakin dan percaya. Generasi akan datang akan ngilu hati mereka melihat masjid-masjid indah dan hebat berubah menjadi Cathedral seperti yang Saya rasakan sepanjang di sana.

Manikam Kalbu yang memang menikam kalbuku!







Saya sudah lama membeli buku ini. Cuma baru-baru ini masa raya lepas, saya ada menonton drama pendek tentang buku ini dan teringat. Jadi saya baca semula buku ini untuk kali ketiga sampai habis.

Manikam Kalbu yang Saya miliki, cetakan 2007. Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Penulisnya, siapa lagi kalau bukan salah seorang penulis kegemaran Saya iaitu 
 Faisal Tehrani.

Saya membeli dan mengumpul hampir semua buku karya Faisal Tehrani. Tapi semuanya berada di Malaysia. Saya tidaklah bawa ke UK. Buat berat beg saja. Cuma adalah beberapa buku yang saya bawa supaya kalau bosan-bosan, bolehlah dibaca semula.

Manikam Kalbu merupakan buku yang memenangi tempat pertama Sayembara Mengarang Sempena Perayaan JUBLI EMAS DBP. Panel Hakim menggambarkan buku ini sebagai "Gabungan antara tema, plot, watak dan perwatakan, latar dan bahasa menjadikan Manikam Kalbu sebuah novel remaja yang kuat dan menarik. Novel ini dihasilkan berdasarkan pembacaan dan kajian yang mendalam.
Setiap novel karya Faisal Tehrani akan mengangkat satu tema yang utama. Novel ini mengangkat tema busana tradisional Melayu. Pernahkah kita terfikir mengapa baju kurung dan baju Melayu yang dipakai kita selama ini begitu rekaannya? Apa maksud disebaliknya? Di dalam buku ini, diceritakan secara terperinci mengapa baju orang Melayu itu, begitu rekaanya. Penuh dengan makna tersirat.

Yang menariknya, ada dua cerita yang berlainan zaman diceritakan secara berselang babnya. Kisah Ziryab, seorang remaja lelaki (yang benar-benar lelaki) yang mengambil aliran fesyen dan kisah Manikam Kalbu dan Manira si kucing madura yang menjadi jurubusana Istana Melaka.

Manikam Kalbu sarat dengan maklumat dan perincian tentang busana Melayu yang semakin terpinggir. Penulis mencerminkan betapa fesyen sekarang sudah membunuh dan mengkacau bilaukan busana tradisional dengan rekaan kontemperori yang bertentangan dengan agama. Bukankah Melayu itu agamanya Islam? Dibahaskan juga apabila pereka fesyen kini pula banyak terdiri daripada lelaki yang 'kacau identitinya'. Bagaimana orang yang 'beridentiti kacau' sebegini mereka pakaian yang menutup perempuan-perempaun Islam?

Walaupun mungkin orang yang membaca ulasan saya sampai ke sini akan mengatakan buku ini buku yang serius dan penuh dengan info dan maklumat yang membosankan sahaja, usahlah cepat membuat kesimpulan. Buku ini sarat dengan unsur humor yang tinggi. Yang paling melucukan adalah Manira si kucing madura yang boleh berbicara dan berperwatakan lucu!

Kalau panel hakim DBP sudah memilih buku ini sebagai pemenang, apalah sangat komen Saya yang hanya merupakan pembaca biasa sahaja ini, bukan?

Cinta Ziryab mendalam sekali. Cintanya terhadap kegemilangan Melayu dalam dunia fesyen dan busana. Makna dan falsafah Melayu tercermin pada kurungnya yang cermat dikenakan. Dia menggali semua ketakjuban dalam kesenian. Katanya, 'sains itu hanyalah proses sedang seni itu hasilnya'. Dia mempunyai seekor kucing, Manikam Kalbu, dan kucing montel itu penghubung cinta dua zaman. Dunia remaja yang bergelombang. Sebuah novel humor dua zaman yang langka dalam kesusasteraan Melayu.