Turkey sebuah negara yang besar. Banyak lagi bandar yang menarik selain Istanbul. Cuma untuk mengelakkan kepenatan yang melampau, saya buat keputusan untuk ke Istanbul sahaja tanpa berpindah randah. Kali pertama saya dan kawan-kawan melawat sebuah bandar sahaja di sebuah negara.
Saya menginap di Petrol Hotel. Kedudukan yang sangat strategik! Hotel ini terletak dua tiga langkah dari pintu masuk stesen tram Sultanahmet. Stesen utama untuk ke Blue Mosque, Hagia Sophia dan Topkapi Palace. Servis kurang memuaskan tetapi saya taknak cerita pasal hotel lah. Plus point untuk hotel ini selain kedudukan yang stategik ialah, setiap pagi saya bersarapan dengan pemandangan Blue Mosque!
Hari pertama sampai ke hotel lebih kurang pukul 1 tengah hari. Solat dan makan, saya bertolak ke Grand Bazaar. Sampai-sampai terus shopping. Alahai perempuan.. Bukan apa. Sebab saya dan kawan-kawan dah susun jadual awal-awal. Itu masa yang sesuai untuk ke Grand Bazaar. Bazaar tertutup ini menempatkan beribu-ribu kedai yang menjual pelbagai cenderahati, barangan Turkey dan macam-macam lagi. Saya memang sudah buat keputusan untuk shopping banyak-banyak di sini kerana kadar pertukaran matawang yang rendah berbanding UK dan Europe. Sebelum ni, saya hanya melancong di UK dan negara-negara Europe yang lain jadi nak membeli belah tu kurang sangat lah. Kali ni beli lebih sikit untuk keluarga dan kawan-kawan.
Grand Bazaar
Malamnya saya bergerak ke Blue Mosque yang terletak berhadapan hotel. Solat maghrib dam isyak di sana. Malam pertama, tido tak lena sebab sejuk! Cuaca di sana, siangnya panas membara dan malamnya sejuk. Perubahan suhu yang melebihi 10 darjah pada musim bunga di siang dan malam. Esok pagi siang-siang saya pesan di reception untuk menyediakan selimut tebal untuk kami berlima.
Bulan di Blue Mosque
Perjalanan sebenar bermula pada hari kedua. Berjalan dalam 5 minit menuju ke Hagia Sophia, saya dihidangkan dengan barisan masuk yang sepanjang 200 meter. Selepas dipanggang mentari pagi, kami akhirnya dapat masuk ke Hagia Sophia. Gereja yang menjadi masjid dan kini menjadi sebuah muzium ini sesak dengan pengunjung. Saya dan kawan-kawan habiskan dalam 3 jam di sini sebelum bergerak ke Spice Bazaar.
Hagia Sophia
Di Spice Bazaar, segala mak nenek punya rempah, teh dan segalanya ada kat sana. Saya beli beberapa daun teh pelbagai perisa dan 1 kg turkish delight untuk keluarga. Dapat rasa macam-macam perisa turkish delight pulak tu.
Rempah ratus
Seterusnya kami mendaki bukit (penat!) menuju ke Suleymaniye Mosque. Masjid ini besar dan menempatkan makan beberapa Sultan dan Sultanah kerajaan Uthmaniyah. Pemandangan dari masjid ini memang cantik. Kedudukannya yang tinggi membolehkan pemandangan bandar istanbul dapat dilihat dengan jelas. Kami solat dan makan di restoran di hadapan masjid ini.
Interior masjid Suleymaniye
Suleymaniye mosque
Saya memang teringin untuk melihat sendir persembahan tarian sufi yang pernah ditayang di majalah tiga dulu-dulu. Saya jadi lagi tertarik bila baca buku karangan Faisal Tehrani bertajuk Advancer Si Peniup Ney. Malam hari kedua, saya berpeluang menikmati persembahan Sufi Dance atau Sema Ceremony. Saya kira persembahan ini sudah teramat jauh dari tujuan asal ia dilakukan mengikut sejaran terdahulu. Tetapi saya enjoy sahaja persembahan itu walaupun saya tahu itu bukan Sema yang seharusnya.
Saya yang pening tengok mereka berpusing!
Nanti insyaAllah saya sambung lagi di lain entri. Saya baru habis exam pertama untuk semester akhir. Ada dua lagi menunggu. Doakan saya! ^_^