Tuesday, 7 January 2014
Selamat Tahun 2014
Oh terlambatkah saya untuk mengucapkan Selamat Tahun 2014 kepada semua?
Saya tetap nak ucapkan
SELAMAT TAHUN BARU 2014! *bunga api*
Ok. Saya mendoakan supaya semua azam-azam anda tercapai dan tidak ditinggalkan setengah jalan. Apa pun azam yang baik, Allah akan bantu kita untuk mencapainya.
Azam saya tahun ini?
1) Ada buku baru
2) Sambung Master
3) Kerja kuat
4)........
.
.
.
.
(Ada banyak untuk disenaraikan tapi inilah yang utama)
Azam kan perlu dibuat setiap hari? :)
Hari Keempat di Nami Island
Oh sudah lama tak update blog. =)
Kali ni saya nak ceritakan perjalanan saya pada hari keempat di Korea. Saya ke Nami Island! (dan lagu Winter Sonata pun berkumandang)
Kenapa pergi sini? Dah semua orang pergi, saya pun pergilah nak tengok apa yang menarik di sini. Hi hi hi.. Tak adalah. Saya dikhabarkan yang pulau ini mempunyai pemandangan yang cantik. Mula-mula ke stesen keratapi di Lotte Mall dulu. Ha, pasaraya ni lah yang ada dalam cerita Secret Garden yang popular amat tu. Saya tak minat ceirta tahyul macam tu, jadi saya tak tengok sangat pun dramanya.
Dari sini kami ada dua pilihan. Naik KTX (ada tempat duduk dan perlu ditunggu sebih kurang sejam) atau naik sahaja tren berhenti-berhenti yang ada sekarang. Akhirnya kami buat keputusan untuk naik sahaja tren yang ada. Tapi lama juga menunggu. Setengah jam juga. Penatlah juga berdiri di platform selama itu.
Naik tren, jeng jeng! Tempat duduk penuh. Dan lagi pula, penumpang penuh dengan makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang nak balik rumah selepas bergembira di Seoul. Tak kan lah saya yang muda remaja (?) ni nak berebut tempat duduk. Makan bermulalah episod berdiri dari Seoul sampailah ke stesen untuk ke Nami Island. T__T
Sampai di stesen, kami beratur untuk menaiki teksi ke jeti untuk mengambil feri. Berdiri lagi. Oh! Sampai sahaja di jeti, nampak menara untuk bungee jumping dan flying fox (tapi boleh duduk, untuk dua orang). Flying fox ni boleh dijadikan pengangkutan untuk ke Nami Island kalau tak nak naik feri. Menarik juga. Tapi, harganya empat kali ganda daripada naik feri. Lain kalilah. Eheh?
Naik feri bersama dengan lautan manusia lain yang juga menuju ke Nami Island, saya bangga melihat bendera Malaysia berkibar di salah satu tiang bendera di atas feri. Ada berpuluh bendera negara lain dikibarkan untuk mengalu-alukan kedatangan pelancong dari seluruh pelusuk dunia.
Kali pertama saya menjejakkan kaki ke daratan Nami Island, saya dapat lihat wajah musim luruh dengan lebih jelas. Banyak daun yang bertukar ke warna perang walaupun masih belum luruh. Saya selalu kagum bagaimana sebatang pokok mengalami perubahan yang berlainan pada musim yang berbeza. Pada musim panas, daun pokok hijau merimbun. Datang pula musim luruh, semua daun bertukar merah dan gugur pada hujung musim dan sudahnya meninggalkan pokok togel pada musim sejuk. Kemudian pokok-pokok ini menceriakan sesiapa sahaja dengan mengeluarkan bunga pada musim bunga. Menarik kan?
Disebabkan perut berkeroncong minta diisi, kami menuju ke salah satu restoran yang ada. Kami makan 'nasi goncang' iaitu nasi yang diletakkan bersama tuna dan telur; panas-panas di dalam bekas besi. Kemudian goncanglah bekas besi itu dengan menggunakan sarung tangan yang disediakan (tak boleh bare hand sebab panas!). Kami terlebih excited untuk menggoncang daripada makan.
Selepas kenyang, kami bebas berjalan sehingga jam empat. Menariknya Nami Island ini kerana ia menyediakan surau untuk kemudahan umat Islam. Siap dengan tempat wuduk. Sebelum berjalan-jalan, kami solat dahulu, dan kemudian bermulalah episod 'Autumn Sonata' (?) kami. Awal-awal lagi saya sudah bercadang untuk menyewa basikal kerana memikirkan masa yang tidak banyak dan penatlah nak berjalan kaki. Untuk menyewa basikal, diperlukan kad pengenalan sebagai cagaran. Pelik kan?
Saya dan Kak Diana tak bawa kad pengenalan. Siapa pula bawa kad pengenalan merata-rata di negara orang. Kawan lain sudah entah ke mana. Kami ambil keputusan untuk naik 'skybike' sementara mencari kawan-kawan yang lain. Kalau gayat, jangan naik!
Pau kacang merah yang sedang dimasak menggoda-goda jiwa yang tak kenyang lagi agaknya. Kami beli satu seorang. Sedapnya makan pau! Sejujurnya saya hanya makan pau kaya sahaja di Malaysia. Saya kurang gemar kacang merah. Tapi yang ini sedap pula. Intinya banyak dan dimakan dalam keadaan masih berasap, mengusir kesejukan yang mula menggigit.
Sambil makan jumpa pun dengan kawan saya. Saya minta pinjam kad pengenalannya dan kami berjaya menyewa dua buah basikal. Yeay! Mula-mula bawa agak kekok sebab saya menunggang mountain bike di UK. Pelik pula menunggang basikal begini. Dua jam juga kami mengayuh, berhenti ambil gambar, dan mengayuh lagi sampai jam 4.
Jam 4, kami beratur untuk naik feri ke dataran. Ramaaaaiii sangat orang sedang beratur. Kami beratur lebih sejam. Sabar jelah... Naik feri dan akhirnya sampai ke dataran dengan selamat. Disebabkan ada masalah dengan salah seorang kawan yang kehilangan telefon, kami lambat ke stesen tren dan lambat sampai semula ke Seoul. Tak mengapalah. Ada hikmah di sebalik semua perkara.
Malam ni kami makan malam yang best lagi! 'Rapuggi' = Ramyun + Dobokki. Selalu tengok juga dalam rancangan Korea. Dalam keadaan penat dan lapar, kami menikmati makan malam di restoran yang terkenal ini dengan nikmatnya. Banyak tandatangan artis di dinding restoran ini kerana kepopularannya.
Balik dalam keadaan kenyang, dan sedia untuk shopping esok!

Tuesday, 3 December 2013
Hari Ketiga di Seoul
Memandangkan semalam Istana Kyungbok tutup, jadi pagi-pagi
lagi kami menuju ke istana ini menaiki bas awam. Jam sebelas sudah ramai orang.
Sebelum masuk, kami menonton upacara pertukaran pengawal. Mendengar penerangan
rakan saya mengenai upacara ini, saya terus teringat kawad pertukaran pengawal
di Buckingham Palace, London yang pernah saya lihat dua kali. Cuma bezanya di
sini, pengawal memakai pakaian tradisional pengawal zaman dahulu. Berwarna warni
dan siap dengan pedang (replika) dipegang. Selepas selesai upacara, pengunjung
boleh mengambil gambar dengan pengawal-pengawal itu.
Istana ini LUAS. Kalau hendak menikmati setiap sudutnya,
boleh memakan berjam-jam. Kalau hendak saya umpamakan, hampir seluas Topkapi
Palace di Istanbul (dengan landskap yang sangat berbeza tentunya) Musim luruh
menampakkan wajahnya dengan warna daun berubah kepada oren kemerahan. Cantik. Memang
cantik. Istana ini adalah antara destinasi wajib lawat jika ke Seoul.
Kemudian kami makan tengah hari di sebuah restoran pizza.
Pizza School namanya. Kami makan pizza kentang dan sweet potato (tak pasti nama
dalam bahasa Melayu) Sedap! Pizza sweet potato sungguh manis dan menggoda. Makanan
vegetarian boleh sahaja sedap begini.
Selepas kenyang, kami ke Namsangol Hanok Village. Di sini terdapat semua jenis rumah tradisonal Korea yang dibina untuk pelancong dapat mengetahui dengan lebih dekat rumah-rumah ini tanpa perlu ke kawasan kampung. Saya suka betul apabila dapat mencuba pakaian tradisional Korea yang bernama Hanbok berwarna pink!
Kami naik bas lagi ke Namsan Tower pula. Saya
sangat sukakan warga Korea yang rajin
berjalan kaki dan mendaki bukit sebagai senaman. Namsan Tower berada di atas
bukit. Sepanjang dari dalam bas ke puncak bukit, saya dapat lihat ramai yang
menaiki bukit ini dengan berjalan kaki sahaja. Alangkah seronoknya kalau
Malaysia mempunyai bahu jalan yang mesra pejalan kaki begini. Saya kalau hendak bersenam, perlu ke taman
berdekatan rumah. Itupun kecil dan dikongsi dengan ramai orang. Haihh..
Di Namsan Tower ada Teddy Bear Museum. Sebelum masuk ke
museum comel ini, saya mencari-cari tempat dan ruang yang boleh solat. Agak sukar.
Cari punya cari saya jumpa bilik breast feeding. Kira ok lah. Rezekinya, ada
seorang perempuan Melayu yang masuk untuk menyusukan bayinya, jadi saya dan Kak
Diana tak kekok sangat. Kami solat menghadap kiblat di kerusi yang disediakan
bersebelahan dengan kakak yang menyusukan bayinya. Berada di negara orang
bertahun, mengembara ke negara bukan Islam beberapa kali, saya menjumpai hikmah
yang besar; ‘Allah akan tolong kalau kita benar-benar mahu solat walau di mana
pun.’
Selepas solat, barulah rasa lega untuk terus berjalan. Kami ke Teddy Bear Museum yang teramatlah comel. Ambil
gambar dan melihat keletah patung beruang yang bergerak dan menari. Sesiapa yang
sukakan teddy bear, wajib datang sini. Rasa muda!
Kemudian tentunya kami menaiki lif ke puncak Namsan Tower. menara ni rendah sahaja, tidaklah setinggi menara Kuala Lumpur walaupun bentuknya hampir sama. Saya sekejap sahaja berada di atas sebab hari sudah gelap. Pemandangan yang dapat dilihat ialah lampu-lampu saja.
Sebelum pulang, kami ke kawasan yang popular menjadi tempat 'couple' meletakkan padlock di situ. Biasa tengok dalam drama Korea, kan? Saya tidak mahu membazir membeli padlock, jadi hanya ambil gambar sahaja. Orang kata dah datang Namsan Tower, tulislah nama di padlock, kunci di situ. Saya? Saya rasakan ia tak perlu. Jadi saya tak buat.
Sebelum pulang, kami makan malam di restoran tempatan yang terletak berhampiran hostel. Saya memesan bibimbap, sejenis makanan korea yang ada nasi dan pelbagai jenis sayur dicampur dengan sos khas dan telur goreng. Saya sukakan sayur! Jadi hidangan ini tepat untuk saya.
Nanti saya nak cubalah makanan ni. Kalau jadi, saya post di blog ya. =)

Wednesday, 13 November 2013
Hari Kedua di Seoul
Pagi yang penuh segar kami mulakan dengan bersarapan di dapur hostel. Jumpa pula orang Malaysia! Ada seorang auntie dan anaknya berbangsa Cina yang mula-mula menegur kami. Mungkin sebab kami memang muka Melayu tulen kot. Hehe.. Banyak yang kami bualkan. Auntie tu bagi tips untuk berjalan-jalan di Seoul. Beliau memang seorang yang peramah. Sungguh, saya memang seronok apabila berjumpa warga senegara apabila melancong ke mana-mana (oversea). Rasa dekat dengan Malaysia. Nasihat saya kepada yang ingin melancong ke luar negara; kalau terjumpa orang Malaysia, ringan-ringankan bibir untuk senyum. Walaupun tidak tegur, senyumlah. :)
Hari ini lawatan bersejarah. Kami ke tempat-tempat yang bersejarah di Seoul. Banyak berjalan. Matahari memancar terik. Saya rasa seperti musim panas di UK padahal sudah musim luruh. Apa yang saya perasan ialah musim di Korea lambat sikit daripada UK. Kalau di Leicester waktu begini suhu sudah di sekitar 10 darjah Celcius.
Cadangannya kami akan ke Kyongbuk Palace tetapi apakan daya istana ini tutup pula. Jadi kami ke Gwanghwamun Square dan King Sejong Museum. Esoknya baru ke istana ini. Muzium ini terletak di bawah tanah, Masuk percuma. Di sini saya melawat sejarah tinggalan raja paling berpengaruh di Korea iaitu King Sejong. Siap tengok 4D movie mengenai sejarah seorang pahlawan Korea (saya lupa namanya). Jangan risau kerana ada sarikata bahasa Inggeris.

Saya belajar tulis nama dalam tulisan Korea di sini. Free of charge!
Kemudian kami makan di Lotteria yang ada di sekitar Seoul. Makan burger sotong atau udang sahajalah sebab itu je yang halal. Solat di Tourist Information Centre. Ada prayer hall di sini untuk Muslim. Mudahnya solat hari ni! Hari yang berikutnya agak mencabar.
Di sini ada kemudahan untuk pelancong termasuk prayer hall
Sebelum makan malam kami ke Cheongae Stream. Tentu ada yang pernah dengar mengenai sungai di Seoul yang dinaiktaraf dan dijadikan indah, bersih dan cantik . Kalaulah Sungai Kelang dijadikan sebegini, saya orang pertama yang setuju 100%! Lama kami di sini menikmati kemodenan teknologi dan keindahan sungai yang siap ada ikan dan yang paling best; berada di tengah-tengah kesibukan bandar Seoul. Saya membayangkan seronoknya dapat jogging di tebing sungai begini. Sewaktu di Leicester ada juga sungai kecil yang cantik tidak jauh dari rumah, tapi sebab ada gym, tak pernah pun jogging di situ! Hehe... Balik Malaysia baru menyesal.
Akhirnya kami ke City Hall. Bangunan macam DBKL kot. Ambil gambar, lepak-lepak sebelum makan malam. Kawasan ni di tengah-tengah bandar dan ada padang besar di hadapannya. Saya membayangkan kalaulah ini UK, mesti penuh padang ni dengan manusia yang sun-tanning bila saja ada mataharu muncul terik.
Ada dalam salah satu episode Running Man! :)
Makan malam ni memang terbaik! Ikan bakar dan sotong masak cili. Selalu tengok dalam tv cerita Korea je. Sekali dapat makan, terbaikk! Lantaklah saya ada allergic seafood ke apa ke. Saya telan je. Oh teringinnya nak makan lagi!
Saya akan kembali untuk ini!
Saya pergi bersama kawan yang fasih berbahasa Korea jadi bab makan makanan yang halal, tiada masalah. Halal dan sedap! Jemput ke website beliau untuk pengalaman ke Korea yang santai dan makan makanan Korea yang sedap! Lurima Travel
Dalam kekenyangan, kami pulang ke hostel untuk tidur. Ah, sedapnya sotong tu!
Thursday, 7 November 2013
Hari pertama di Seoul
Saya memulakan perjalanan ke Seoul menaiki pesawat AirAsia X
dari Lapangan Terbang Kos Rendah (LCCT) pada jam 8 pagi. Keluar awal dari rumah
dan sarapan nasi goreng yang emak bekalkan di sana. Biasanya sebelum naik kapal
terbang saya tak makan makanan berat tapi sebab awal pagi, takut gastrik pula
nanti, jadi saya makan juga.
Di sana saya berjumpa pertama kali dengan Kak Diana yang
menjadi room mate saya sepanjang di Seoul. Saya dapat kawan baru! Disebabkan saya
sudah banyak kali menaiki kapal terbang, sekarang saya sudah tidak kisah dapat
tempat duduk di mana-mana sahaja. Kalau dulu mesti saya akan pilih window seat
tapi sekarang sudah tak kisah sangat.
Perjalanan ke Seoul dari LCCT mengambil masa hampir enam
jam. Saya, langsung tidak tidur sepanjang perjalanan. Semuanya sebab saya tidur
awal malam tu, jadi sudah tidak mengantuk. Saya habiskan masa dengan membaca
dan main Candy Crush. J
Sampai sahaja di
Incheon Airport (ICN), saya dan Kak Diana melalui imigresen dan keluar ke balai
ketibaan. Rakan saya sudah awal-awal berada di sana untuk menjemput kami. Perkara
pertama yang kami lakukan ialah mencari prayer hall. Lama juga mencari dan
akhirnya jumpa prayer hall untuk Kristian dan Buddha. Rakan saya yang mahir
selok belok ICN tidak ada jadi kami tidak tahu prayer hall untuk umat Islam
boleh bersolat ialah di bahagian dalam, bukan selepas keluar di balai ketibaan.
Saya beberapa kali solat di prayer hall lapangan terbang
sekitar UK. Biasanya prayer hall di sana ialah Multi Faith Prayer Hall. Semua agama
boleh solat di situ. Tapi di ICN, saya terkedu bila prayer hall nya diasingkan
mengikut agama. Kali pertama saya jumpa. Apabila melepasi ruangan sembahyang
agama Buddha, seorang pakcik yang menjaga di situ menjemput kami masuk selepas
bertanya sama ada kami dari Malaysia. Saya angguk.
Dalam keadaan nak cepat, dan tak tahu mana lagi nak solat,
akhirnya kami masuk melihatkan kesungguhan pakcik tadi. Dia tidak boleh
berbahasa Inggeris. Namun disebabkan ‘excessive exposure’ (heh?) saya terhadap
drama dan rancangan berbahasa Korea, saya faham apa yang dia cakapkan. Cuma saya
tidak mampu membalas melainkan bertanya ‘di mana tandas?’ dalam bahasa Korea.
Saya ambil wuduk dan solat di situ selepas mencari kiblat
menggunakan application di ipad. Saya tidak pandang kiri dan kanan langsung. Selepas
siap solat, pakcik tadi bertanyakan nama kami untuk diisi di dalam buku
lawatan. Saya beritahu nama saya Lisa. Nurisha mungkin susah untuk ditulis,
begitu yang saya fikir waktu tu. Kami keluar
selepas mengucapkan terima kasih.
Kontroversi? Saya sendiri tidak tahu hukum solat di kawasan
solat agama lain. Sungguh waktu itu saya hanya fikir hendak solat sahaja. Pakcik
itu pula sungguh sungguh menjemput. Jadi? Entah.
Selesai solat kami menuju ke stesen MRT. Sistem pengangkutan
awam di sini sama sahaja dengan London. Jadi saya tidak berasa asing. Dari ICN,
kami menaiki MRT ke stesen Hondae untuk makan malam sebelum ke hostel. Di Hondae,
rakan saya yang tinggal selama lima tahun di Korea menjemput kami. Kami dibawa
ke Hello Kitty Café. Pink, pink everywhere! Saya minum Ice Americano di situ
dan membuang waktu dengan mengambil gambar. Tandasnya pun cantik dan pink.
Hello Kity Cafe di Hondae
Selepas lebih setengah jam, kami ke restoran ‘nasi goreng
korea’ untuk menikmati makan malam. Nasi goreng dimasak dihadapan kami jadi
kami tahu apa bahan yang digunakan. Pertama tukang masak memasukkan butter. Kemudian
udang, sotong dan daun bawang. Akhir sekali baru nasi, seaweed dan sos merah. Kacau
punya kacau, siap untuk dimakan!
Seronoknya makan di restoran korea ialah side dishes nya.
Ada kimchi, sup lobak putih, dan kubis yang boleh ditambah-tambah. Saya suka
sayur, jadi side dishes ni memang mengiurkan! Dan juga, tiada air manis
dibancuh disediakan (teh ais, sirap ais, laici ais, dan lain-lain tidak ada). Yang
ada hanya air kosong. Pilihan yang sihat! (Soju, beer dan arak lain tetap ada)
Nasi goreng ini hampir serupa dengan 'paella' yang pernah saya makan di Spain.
Hondae Street berdekatan dengan Art University (saya tidak
pasti namanya) jadi di sini banyak kelihatan pelajar-pelajar jurusan seni
dengan pakaian yang unik dan berjalan dengan alat muzik. Pilihan pakaian, kasut
dan perhiasan di sini menggetarkan naluri wanita. (Perempuan kan suka
shopping!) Saya hanya bawak KRW160 = RM500 sahaja untuk belanja poket. Lagi pun
tujuan utama saya bukan untuk membeli belah, jadi sekadar tengok-tengok sahaja,
bolehlah.
Kenyang makan, kami ke hostel yang akan menjadi tempat
tiggal selama lima malam. Hostel Korea. Budget Hotel. Selama ber ‘backpacking’
di beberapa negara sebelum ini, saya dan rakan-rakan akan memilih untuk tinggal
di hostel yang murah. Bila tidak ada hostel baru kami akan tinggal di hotel. Itupun
yang murah juga. Rasionalnya mudah. Hotel jadi tempat tidur dan mandi sahaja. Yang
biasa-biasa sudah memadai.
Hari pertama banyak dihabiskan dengan perjalanan sahaja. Perjalanan
sebenar bermula keesokan hari!
Saturday, 19 October 2013
Fly, fly away~~
:)
Saya akan ke Seoul, Korea esok.
Doakan perjalanan selamat pergi, selamat di sana, dan selamat pulang ya?
Saya berdoa supaya saya dapat menimba ilmu baru di tempat orang.
Sampai jumpa nanti!
Saturday, 12 October 2013
Hebahan Untuk Pembaca!
InsyaAllah saya akan ke Seoul, South Korea pada 21-26 Oktober ini. Saya ingin mengirimkan poskad dari sana untuk pembaca buku Oh London! dan Andalusia, Here We Come!
Caranya mudah sahaja.
1) Ambil gambar bersama buku saya dengan cara yang paling kreatif. Nak photoshop, atau apa sahaja, terpulang. Subjeknya ialah anda dan buku tersebut.
2) Di bahagian caption, tulis apa sahaja yang anda suka dan dapat apabila membaca buku itu.
3) Post gambar di page facebook Oh London atau Andalusia, Here We Come dan ajak semua manusia yang anda kenal untuk klik 'like' pada gambar anda.
Tarikh tutup peraduan ialah pada 19 Oktober 2013 jam 10 malam. DUA GAMBAR yang memiliki 'like' terbanyak akan saya kirimkan poskad khas dari Seoul sepanjang saya di sana nanti. Saya akan berhubung dengan pemenang pada 20 Oktober.
Tiada had umur dikenakan (asalkan bukan baby yang sah-sah tidak boleh mambaca lagi)
Selamat bergambar!

Subscribe to:
Posts (Atom)