Tuesday, 4 December 2012

Big Bad Wolf Books

Assalamualaikum!

Hari ini, saya mahu mempromosikan karnival buku yang ditunggu-tunggu oleh warga di sekitar Kuala Lumpur khasnya dan pencinta buku seMalaya amnya.

BIG BAD WOLF!

Saya tidak pernah mengunjungi BBW sebab ia mula-mula diperkenalkan semasa saya di UK. Jadi saya hanya mendengar kehebatannya melalui rakan-rakan. Cemburu saya selama tiga tahun terbalas akhirnya tahun ini! InsyaAllah saya akan sama-sama membanjiri The Mines hujung minggu ini untuk membelanjakan duit elaun yang baru masuk semalam. ^__^


http://www.bigbadwolfbooks.com/

(P/s : InsyaAllah sambungan Oh London akan terbit Februari atau Mac tahun hadapan! Who's excited? Me!)

Sunday, 7 October 2012

Teaser 2


Alya jatuh tersungkur. Mujur tangannya pantas menahan badan daripada jatuh tergolek. Alya mengucap panjang. Ada seorang lelaki muda dan segak berdiri betul-betul di hadapannya apabila dia bangun. Mata Alya tidak berkedip.

“Kamu tidak apa-apa?” tegur lelaki muda itu.

Alya tergagap, “Saya tidak apa-apa. Terima kasih.”

Lelaki muda itu tidak berganjak dari tempat dia berdiri. Dia bersuara tanpa disuruh. “Namaku Tariq. Tariq bin Ziyad.”

Alya ternganga. Dia terdiam beberapa saat sebelum mula bersuara, “Panglima Tariq?”

Alisa dan Alya kaget. Masakan Panglima Tariq bin Ziyad yang berada di hadapan mereka saat ini?


Thursday, 30 August 2012

Teaser 1

Alisa dan Alya sudah tersenyum-senyum memikirkan pelancongan yang bakal mereka tempuhi nanti. Sungguh tidak sabar rasanya mereka mahu menjejakkan kaki ke Sepanyol. Selepas melancong ke England beberapa bulan yang lalu bersama Puan Nadira, Alisa benar-benar dapat merasakan apakah maksud pepatah ‘jauh perjalanan, luas pemandangan’. Pelancongan kali ini lebih mencabar lagi kerana mereka tidak ada kelebihan berbahasa Spanish. Sudah dua minggu belajar pun, masih sedikit yang mereka tahu.

^____^


Thursday, 2 August 2012

Malu

Malu pula rasanya sudah lama tak update blog ni. Macam sibuk sangat agaknya saya ni. Dalam satu dua bulan ni, banyak yang berlaku.
1) Final exam
2) Mak datang UK 2 minggu
3) Graduation ceremony dan bawak mak jalan-jalan
4) Balik Malaysia dan sesuaikan diri dengan suhu di Malaysia
etc..

Alhamdulillah, saya sudah boleh sesuaikan diri dengan cuaca Malaysia semula. Saya balik, esoknya puasa. Minggu pertama puasa, memang sukar. Badan saya memberontak. 'Bloated' dan gatal-gatal. Sekarang sudah ok.

InsyaAllah sekarang saya sedang menyiapkan buku kedua saya. Ada tak sampai sebulan masa sebelum deadline datang. Huh~ Masih tak habis-habis lagi. Asyik tertangguh. Doakan saya dapat siapkan sebelum raya.

InsyaAllah saya juga akan cuba update blog sekerap mungkin memangdangkan sekarang saya akan banyak mengadap komputer.

Masih belum terlambat untuk mengucapkan 'Selamat Berpuasa' kepada semua pembaca blog saya ni.

Lagu kegamaran!




Monday, 28 May 2012

Empat hari di Istanbul

Hujung cuti musim bunga tahun ini, saya dan empat rakan yang lain terbang ke bumi penuh sejarah, Istanbul, Turkey. Saya ke sana selama empat hari bermula 30 April menaiki EasyJet dari Luton Airport ke Sabiha Gocken Airport di Istanbul. Selepas dua minggu demam berterusan dan terperuk di bilik dengan badan yang tak sihat, saya bersyukur Allah berikan saya kesihatan beberapa hari sebelum berlepas. Saya ke Istanbul dengan badan yang sihat dan cergas!

Turkey sebuah negara yang besar. Banyak lagi bandar yang menarik selain Istanbul. Cuma untuk mengelakkan kepenatan yang melampau, saya buat keputusan untuk ke Istanbul sahaja tanpa berpindah randah. Kali pertama saya dan kawan-kawan melawat sebuah bandar sahaja di sebuah negara.

Saya menginap di Petrol Hotel. Kedudukan yang sangat strategik! Hotel ini terletak dua tiga langkah dari pintu masuk stesen tram Sultanahmet. Stesen utama untuk ke Blue Mosque, Hagia Sophia dan Topkapi Palace. Servis kurang memuaskan tetapi saya taknak cerita pasal hotel lah. Plus point untuk hotel ini selain kedudukan yang stategik ialah, setiap pagi saya bersarapan dengan pemandangan Blue Mosque! 

Hari pertama sampai ke hotel lebih kurang pukul 1 tengah hari. Solat dan makan, saya bertolak ke Grand Bazaar. Sampai-sampai terus shopping. Alahai perempuan.. Bukan apa. Sebab saya dan kawan-kawan dah susun jadual awal-awal. Itu masa yang sesuai untuk ke Grand Bazaar. Bazaar tertutup ini menempatkan beribu-ribu kedai yang menjual pelbagai cenderahati, barangan Turkey dan macam-macam lagi. Saya memang sudah buat keputusan untuk shopping banyak-banyak di sini kerana kadar pertukaran matawang yang rendah berbanding UK dan Europe. Sebelum ni, saya hanya melancong di UK dan negara-negara Europe yang lain jadi nak membeli belah tu kurang sangat lah. Kali ni beli lebih sikit untuk keluarga dan kawan-kawan.


Grand Bazaar

Malamnya saya bergerak ke Blue Mosque yang terletak berhadapan hotel. Solat maghrib dam isyak di sana. Malam pertama, tido tak lena sebab sejuk! Cuaca di sana, siangnya panas membara dan malamnya sejuk. Perubahan suhu yang melebihi 10 darjah pada musim bunga di siang dan malam. Esok pagi siang-siang saya pesan di reception untuk menyediakan selimut tebal untuk kami berlima.

Bulan di Blue Mosque

Perjalanan sebenar bermula pada hari kedua. Berjalan dalam 5 minit menuju ke Hagia Sophia, saya dihidangkan dengan barisan masuk yang sepanjang 200 meter. Selepas dipanggang mentari pagi, kami akhirnya dapat masuk ke Hagia Sophia. Gereja yang menjadi masjid dan kini menjadi sebuah muzium ini sesak dengan pengunjung. Saya dan kawan-kawan habiskan dalam 3 jam di sini sebelum bergerak ke Spice Bazaar.




Hagia Sophia

Di Spice Bazaar, segala mak nenek punya rempah, teh dan segalanya ada kat sana. Saya beli beberapa daun teh pelbagai perisa dan 1 kg turkish delight untuk keluarga. Dapat rasa macam-macam perisa turkish delight pulak tu. 


Rempah ratus 

Seterusnya kami mendaki bukit (penat!) menuju ke Suleymaniye Mosque. Masjid ini besar dan menempatkan makan beberapa Sultan dan Sultanah kerajaan Uthmaniyah. Pemandangan dari masjid ini memang cantik. Kedudukannya yang tinggi membolehkan pemandangan bandar istanbul dapat dilihat dengan jelas. Kami solat dan makan di restoran di hadapan masjid ini.


Interior masjid Suleymaniye


Suleymaniye mosque

Saya memang teringin untuk melihat sendir persembahan tarian sufi yang pernah ditayang di majalah tiga dulu-dulu. Saya jadi lagi tertarik bila baca buku karangan Faisal Tehrani bertajuk Advancer Si Peniup Ney. Malam hari kedua, saya berpeluang menikmati persembahan Sufi Dance atau Sema Ceremony. Saya kira persembahan ini sudah teramat jauh dari tujuan asal ia dilakukan mengikut sejaran terdahulu. Tetapi saya enjoy sahaja persembahan itu walaupun saya tahu itu bukan Sema yang seharusnya.


Saya yang pening tengok mereka berpusing!

Nanti insyaAllah saya sambung lagi di lain entri. Saya baru habis exam pertama untuk semester akhir. Ada dua lagi menunggu. Doakan saya! ^_^

Wednesday, 28 March 2012

Lawatan Queen Elizabeth

Beberapa minggu lepas, Queen Elizabeth dan cucu menantunya (?), Kate Middleton datang melawat bandar Leicester! Saya sangat teruja! Ini kali pertama beliau membuat lawatan ke Leicester sepanjang saya di sini. Beliau datang pada hari Khamis. Perfect! Sebab saya tak ada kelas hari Khamis. Cadangnya memang nak pergi City Centre untuk membeli belah. Dapat berita beliau nak datang, saya pun apa lagi. Datang dengan kamera.

City Centre penuh dengan manusia. Saya yang pendek kurang tinggi ni, berjengkit jengkit lah. Maklumlah, mat saleh ni, tinggi-tinggi belaka. Saya dan kawan saya memilih uttuk berdiri di belakang mak-makcik berbangsa India yang berkumpul di tepi pagar (sebab mereka rendah daripada kami).

Dalam satu jam juga lah saya berdiri menunggu daripada beliau belum sampai, sampailah beliau pulang. Saya tak dapat ambil gambar banyak pun. Gambar jauh, orang ramai, dan saya pendek kurang tinggi. Di sini saya sediakan link berita penuh bergambar sempena lawatan Queen Elizabeth hari tu.

http://www.dailymail.co.uk/femail/article-2112023/Duchess-Cambridge-Kate-Middleton-Queen-board-train-1st-day-Diamond-Jubilee-tour.html

Kagum sebab queen datang naik tren. Pemimpin Malaysia taknak buat macam ni ke? Saya sediakan gambar terbaik yang saya ambil hari itu. Jeng, jeng jeng....!


Yes! I was indeed, lucky!

Mari menggunakan akal fikiran.


Dan (pada) pertukaran malam dan siang silih berganti, dan juga (pada) rezeki yang diturunkan oleh Allah dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta (pada) peredaran angin, (semuanya itu mengandungi) tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, serta keluasan rahmatNya) bagi kaum yang mahu menggunakan akal fikiran.