Kali ini dapat bilik di tingkat 9. Pemandangan memang cantik. Siang dan malam. Nampak stadium Leicester Tiger dengan jelas! Bangunan universiti juga dapat dilihat untuk menaikkan semangat belajar. (eh? yeke? =p) Malam pula dihiasi dengan lampu yang tersusun indah. Walaupun perlu tunggu lif lama, tapi ada bagusnya juga bilik di tingkat paling atas ni.
Kelas mula isnin depan (agaknya..). Masih tidak register untuk tahun ketiga lagi. Huh! Pemalas kan? ^_^
Dua hari lepas digunakan untuk mengemas bilik dan membeli barang masakan dan barang rumah. Hari ini perlu pergi bandar untuk aktifkan postpaid handphone semula dan beli sayur-sayuran.
Oh! Sudah hari Khamis!
(pemandangan dari bilik saya pagi tadi)
No comments:
Post a Comment