Assalamualaikum semua!
Saya dah lama tak update blog. Sibuk? Boleh dikatakan. =)
Sudah tiga minggu kelas bermula. Tahun akhir ni, saya bersyukur sebab kelas tak banyak. Hari Rabu tak ada kelas. Hari Khamis satu kelas saja. Best ke? Kelas tak banyak maksudnya banyak self-study lah. InsyaAllah saya boleh!
Autumn term ni, saya ambil 3 subjek. Semua 100% final exam. Ngeri juga. Syukur tak ada projek kene buat. Degree lain ada projek tahun akhir. Degree saya tak ada. Bersyukur sangat!
Hari ni saya nak cerita mengenai pengalaman saya Rabu lepas. Kali pertama seumur hidup saya, saya menderma darah! Tiba-tiba saja pagi tu kawan saya beritahu ada NHS datang ke universiti untuk program derma darah. Setahun mereka ada datang dalam 2, 3 kali. Sebelum ni saya tak pernah ambil kisah pun. Pernah nak menderma, tapi ada halangan. Kali ni tergerak pula hati nak menderma.
Memandangkan saya tiada kelas hari Rabu, saya berjalan ke universiti pukul 11.30 pagi. Sampai-sampai ke Queen's Hall, saya diberitahu saya perlu buat temu janji untuk menderma. Temujanji? Saya pelik juga. Tapi bila melihatkan ramai betul orang yang datang, logik juga. Kalau tak buat macam tu, susah lah. Perlu tunggu lama. Temujanji boleh dibuat online untuk penderma berdaftar.
Saya dan seorang kawan saya, Zay, buat temujanji pukul 2.55 petang. Itu paling awal. Kami balik rumah semula dan datang pukul 2.30 petang. Mula-mula, kami perlu isi borang sebelum dipanggil nombor untuk mendaftar. Butir-butir peribadi diambil oleh jururawat yang bertugas. Kemudian, kami duduk di ruang menunggu untuk proses seterusnya. Lama juga kami menunggu untuk dipanggil sebab ramai orang.
Selepas lebih 20 minit, nama saya dipanggil. Ada seorang jururawat yang melayan saya dan bertanyakan beberapa soalan. Disebabkan borang saya ada beberapa perkara yang saya tandakan 'YES', soalan jadi panjang. Saya cuma beritahu saya pernah buat imbasan MRI dan Arthrogram Februari lepas dan saya pernah menerima rawatan akupuntur di bawah kendalian Leicester Royal Infirmary. Tak ada masalah. Cuma ia perlu dicatat.
Apabila mengetahui saya dari Malaysia, beliau cepat-cepat periksa sama ada saya pernah ke Sabah dan Sarawak dan Taman Negara. Kenapa? Sebab di sana ada kes malaria. Saya tak boleh menderma jika pernah ke sana. Saya menjawab 'NO'. =D Kemudian, setitik darah saya dimasukkan ke dalam larutan biru untuk periksa kandungan zink dalam darah. Saya gagal untuk saringan pertama ni. Kandungan zink dalam darah saya mungkin tidak cukup untuk menderma, kata jururawat.
Darah saya diambil lebih banyak (satu tiub) untuk periksa kandungan zink sebenar. Keputusannya, 127! Lebih 2 dari tahap minimun. Saya mengucap syukur. Lepas untuk menderma. Jururawat tu kata, mungkin sebab berat saya tak banyak sangat, sebab tu zink tak banyak. Berat minimum untuk menderma, 50 kg. Saya lepas 1 kg lebih sahaja.
Saya duduk menunggu dua minit sebelum jururawat panggil untuk ambil darah. Berdebar! Jururawat dan volunteer yang bertugas semua baik-baik belaka. Jururawat muda yang bertugas mengambil darah saya pun menjalankan proses-proses yang perlu dengan cermat. Saya memang tak akan pandang jarum kalau doktor ambil darah. Saya pandang tempat lain. Sedar-sedar darah dah mengalir keuar. =) Jururawat tinggalkan saya selepas selesaikan semuanya sambil tunggu darah penuh.
Sambil ambil darah, ada senaman ringkas yang boleh dibuat untuk penderma ni. Genggam dan lepaskan tangan, keraskan otot kaki dan silang-silangkan kaki. Sambil baca kad yang diberi, dan mencuba senaman tu, sedar-sedar kantung darah 450ml saya sudah penuh! Jururawat lain datang dan terkejut. "You did it in 4 minutes!" katanya. Beliau dan saya sama-sama terkejut. =D
Selepas selesai cabut semua wayar, saya dan kawan saya duduk di meja makan yang disediakan. Kami dihidangkan biskut, coklat, jus, air panas dan makanan lain. Kami makan dengan gembira. Hehe.. Lepas rasa tak ada apa-apa yang pelik, kami berjalan balik. Sampai hari ni, saya tak rasa apa-apa pun. Cuma hari selepas tu saya bersenam di gym, rasa penat yang lebih-lebihan daripada biasa. Well, mungkin ini 'after-effect' nya kot. Sikit je.
Sebelum balik kawan saya tampal pelekat "It's my first blood donation" di jaket saya! Sungguh saya rasa saya hero pada hari itu! ^_^
No comments:
Post a Comment