Jujur saya jauh menyukai Spain dari Italy. Mungkin kerana saya sebagai orang Islam, tidak berasa dekat dengan gereja-gereja dan muzium yang menayangkan patung orang bogel di sana sini. Ketika di Spain, gereja-gereja adalah tinggalan masjid jadi masih ada ayat Al-Quran yang dikekalkan di dindingnya.
Berada di Venice, ramai manusia memandang kumpulan kami yang semuanya bertudung dengan pandangan yang kurang menyenangkan. Sehingga saya rasa tidak selesa. Kami buat selamba sahaja. Lantak merekalah. Saya datang untuk melancong bukan untuk buat kacau pun.
Apa yang mahal di Italy ialah pengangkutannya. Kami bergerak dari Rome ke Florence ke Venice menaiki keretapi Trenitalia. Saya membelanjakan hampir 100 Euro untuk pengangkutan sahaja. Kos yang lebih mahal dari tiket kapal terbang sendiri. Makan tidaklah susah didapati. Kedai makanan halal ada cuma perlu carilah. Speanjang di sana makanan ruji ialah kebab. Ada sekali makan nasi. Sampai sekarang rasa muak terhadap kebab masih tak hilang. Huh! (kebab di UK dan Europe tak sama macam kebab di Malaysia ya)
Saya terkejut apabila Italy lebih sejuk berbanding UK. Balik sahaja UK, suhu sekitar 10 degree menanti. Saya punyalah bayangkan akan dapat main salji bila balik UK. Sampai sekarang suhu masih tidak mencecah 0 degree. Kejadian luar biasa berbanding dua tahun lepas.
Layankanlah beberapa gambar sepanjang saya di Italy. Sungguh saya tak ada mood nak menceritakan 'keindahan' di Italy selepas kami dengan selamba 'didakwahkan' di Vatican City. =p
Colosseo, Roma
Pisa
Venezia
(Saya sedang bergelut mengulangkaji untuk exam 21, 23 dan 25 Januari ni. Doakan ya..)
p/s : Juga sedang menulis buku baru yang baru siap 3 bab. Fuhh!
No comments:
Post a Comment