Baru-baru ni saya dapat tahu kawan sekelas saya daripada tingkatan satu sampai tingkatan tiga akan berkahwin. Saya sangat gembira (gembira yang sangat-sangat tau!) tetapi juga sedih sebab tak dapat hadir. Majlis 6 Feb dan saya jauh beribu batu. Saya buat satu azam setahun yang lepas. Saya nak hadir semua majlis perkahwinan kawan saya tak kira sejauh mana (dalam Malaysia lah) Ini kali kedua seorang lagi kawan saya kahwin. Kali pertama tahun lepas, saya pergi Kota Bharu naik kereta api untuk pergi majlis perkahwinan. Sayang, kali kedua saya tak dapat nak penuhkan azam saya.
Lagi satu berita kahwin. Seorang sepupu saya akan kahwin pada 21 Januari ini. Kali ketiga saya tidak dapat menghadiri majlis perkawinan sepupu-sepupu saya. Inilah kekurangannya bila jauh begini. Ada majlis keraian atau kematian, tak boleh nak pergi. Sedih juga. Itu sudah pasti. Tapi nak buat macam mana kan?
Berita semalam. Gempar jugak di kalangan penuntut Malaysia di UK. (dan saya kira di France juga). Airasia tutup laluan ke London bermula 1 April 2012. Saya sudah siap-siap tempah tiket untuk emak saya datang sempena graduasi saya nanti. Sudahnya, saya dan kawan-kawan pening-pening mencari tiket baru. Perjalanan keluar dan masuk London akan mahal berganda-ganda bermula Julai. Jun masih murah. Kenapa? Saya pun tak tahu. Dan yang menambah gerun ialah GBP jatuh merudum sekarang. Jadi GBP ke RM jadi mahal. Lagi sekali T_____________T.
Tahun ini umur saya sudah masuk 23. (Emak saya ingat saya 21 nak masuk 22. Dia terkejut bila saya kata saya sudah 23. Emak masih fikir saya budak-budak lagi agaknya.. Hehe...) Jujur saya tidak merancang untuk kahwin dalam masa terdekat. Saya rasa saya masih muda (kan??). Apa pun berita kahwin sana sini kadang-kadang membuatkan saya berfikir 'aku ni nak kahwin bila?'. Saya masih tidak ada jawapan. =D
Oh ya! Saya sangat bersyukur kepada Allah kerana memberikan rezeki yang tidak putus-putus. Oh London! memduduki tangga ke 353 sebagai buku yang mencatat jualan tertinggi bagi tahun 2011 mengikut statistik PTS. Lihat sini : http://universitipts.com/index.php/site/comments/judul_yang_terjual_antara_2000_-_2999_unit_bagi_tahun_2011/
Saya berdoa sangat agar jualan akan terus laku selama yang mungkin. Menulis yang pada mulanya sekadar suka-suka memberi pulangan yang boleh tahan. =D
Doakan saya mudah menjawab peperiksaan pasa 21, 23 dan 25 Januari ini. Saya sedang berusaha. Sungguh.
Salam Isha...auntie doakan semoga Isha beroleh kejayaan dengan cemerlang,amin.
ReplyDeleteTerima kasih auntie! Risau nak exam ni. Susah2 belaka paper nya..
ReplyDelete