Wednesday 2 October 2013

Solat




Buku terkini yang saya baru selesai baca.

Saya susah sekali nak mengalirkan air mata. Kalau tengok drama atau filem pun, saya susah nak menangis padahal kawan-kawan dah srott srott dah. Hehe.. Kali terakhir saya memang menangis gila ialah menonton drama adaptasi kisah benar. Drama Jepun, 1 Litre of Tears. Oh! Drama yang membangun jiwa dan meruntun air mata.

Membaca buku ni, saya sangat hampir mengalirkan air mata. Penceritaan yang jujur. Kita memang mudah tersentuh dengan penceritaan yang jujur, apatah lagi apabila menggunakan watak kanak-kanak. Kanak-kanak polos yang mindanya tidak tercemar dengan dunia sekeliling.

Saya tidak perlu baca buku bertajuk 'Jagalah Solatmu' misalnya, untuk saya renung kembali solat saya selama ini. Hafalan Solat Delisa, membuatkan saya memeriksa semula solat saya selama 24 tahun hidup ni. Cukupkah ikhlas dan khusyuknya? Cukupkah rukunnya dikerjakan dengan sempurna?

Buku-buku motivasi bukan minat saya. Boleh dikira banyak mana buku motivasi yang saya punya, dan saya baca. Saya gantikan dengan bacaan naskah yang membangun jiwa sebegini. Tidak perlu ada tagline 'Novel Dakwah' atau yang seumpama dengannya pada kulit buku. Buku sebegini ada kelasnya tersendiri. Dibaca tanpa ada first impression bahawa ia novel berbentuk dakwah, tetapi sambil menghayatinya, roh dakwah meresap tanpa sangka. Dengan halus dan anggun sekali.

Saya pasti, sesiapa yang selepas membaca novel ini akan bertanya kepada diri, 'Apakah solat aku sudah seikhlas anak kecil ini?'

No comments:

Post a Comment