Ini kali ketiga saya menderma darah. Kali pertama di Malaysia. Dua kali di UK.
Saya mula ada kesedaran menderma darah ketika di UK. Ada seorang kawan yang menderma darah secara konsisten mengajak saya menderma. Memang NHS akan datang universiti saya dua kali setahun untuk program derma darah. Jadi saya pun dermalah. It was fun!
Balik Malaysia, masih tak berkesempatan menderma sejak setahun lepas. Pernah mencuba sekali tetapi tak boleh sebab zinc tak cukup. Selalu zinc saya bawah 125 atau sipi-sipi je bacaan dia. Semalam cukup pulak! Saya makan kerang malam tu, jadi mungkin sebab tu bacaan ok.
Entah kenapa pagi semalam terfikir nak derma tiba-tiba. Tengok laman web pusat darah negara, tengok sama ada buka hari Ahad atau tak. Buka! Saya pun terus mandi dan bersiap. Niat di hati nak pergi seorang. Ajak kawan, dia setuju nak ikut. Risau juga drive sorang-sorang takut apa-apa selepas derma. 2 kali di UK tak apa-apa pun. Cuma sebagai langkah keselamatan, bawa kawan sekali.
Prosedurnya sama seperti di UK. Daftar, temuduga dan ambil darah. Saya biasa penuhkan beg darah dalam 3-4 minit. Semalam pun lebih kurang juga. Selepas derma, saya ke refreshment room. Makanan disediakan tetapi memandangkan saya masih kenyang, bawa sahaja makanan balik. Mak yang makan sudahnya.
Saya ingin mengajak pembaca untuk sama-sama menjayakan kempen derma darah. Alasan takut jarum tu, tak relevenlah. Saya pun takut jarum. Tipsnya, jangan pandang bila nurse cucuk. Pandang lain. Jarum ambil darah memang besarlah. Nak ambil darah 350ml kan, mestilah besar. Jadi jangan tengok. Bukan sakit mana pun. Rasa macam kena gigit semut je. Itupun sesaat dua je sakitnya. Bila darah dah mula mengalir keluar, tak sakit dah.
Dermalah. Derma darah menyelamatkan nyawa. Kita tak tahu siapa yang boleh kita bantu. Mungkin ahli keluarga sendiri, mungkin sahabat tersayang, mungkin diri sendiri satu hari nanti. What goes around, comes around, kata omputih. Semua kebaikan ada balasannya. Allah bekerja dengan cara yang kita tak tahu.
Saya suka tagline kempen derma darah UK.
Give blood, do something amazing.
Yes, giving blood IS an amazing job!
Sunday, 6 October 2013
Wednesday, 2 October 2013
Solat
Buku terkini yang saya baru selesai baca.
Saya susah sekali nak mengalirkan air mata. Kalau tengok drama atau filem pun, saya susah nak menangis padahal kawan-kawan dah srott srott dah. Hehe.. Kali terakhir saya memang menangis gila ialah menonton drama adaptasi kisah benar. Drama Jepun, 1 Litre of Tears. Oh! Drama yang membangun jiwa dan meruntun air mata.
Membaca buku ni, saya sangat hampir mengalirkan air mata. Penceritaan yang jujur. Kita memang mudah tersentuh dengan penceritaan yang jujur, apatah lagi apabila menggunakan watak kanak-kanak. Kanak-kanak polos yang mindanya tidak tercemar dengan dunia sekeliling.
Saya tidak perlu baca buku bertajuk 'Jagalah Solatmu' misalnya, untuk saya renung kembali solat saya selama ini. Hafalan Solat Delisa, membuatkan saya memeriksa semula solat saya selama 24 tahun hidup ni. Cukupkah ikhlas dan khusyuknya? Cukupkah rukunnya dikerjakan dengan sempurna?
Buku-buku motivasi bukan minat saya. Boleh dikira banyak mana buku motivasi yang saya punya, dan saya baca. Saya gantikan dengan bacaan naskah yang membangun jiwa sebegini. Tidak perlu ada tagline 'Novel Dakwah' atau yang seumpama dengannya pada kulit buku. Buku sebegini ada kelasnya tersendiri. Dibaca tanpa ada first impression bahawa ia novel berbentuk dakwah, tetapi sambil menghayatinya, roh dakwah meresap tanpa sangka. Dengan halus dan anggun sekali.
Saya pasti, sesiapa yang selepas membaca novel ini akan bertanya kepada diri, 'Apakah solat aku sudah seikhlas anak kecil ini?'
Tipah Tertipu
Sewaktu saya ke Spain beberapa tahun lalu, saya memang teruja dengan pokok oren yang di tanam di tepi-tepi jalan. Memang menarik perhatian. Daun hijau dan buah oren, dua warna kontra yang menghiasi hampir kesemua tempat. Gambar ini saya ambil di perkarangan taman Mezquita di Cordoba.
Sebelum ke Cordoba lagi, memang saya dah tengok pokok ni nampak macam memanggil-manggil untuk dimakan buahnya. Tapi tak cuba-cuba juga sebab tak ada orang yang petik pun. Bayangkanlah, pokok oren sebegini, bersepah-sepah di tepi jalan, tak ada pulak orang nak petik dan jual. Kalau di Malaysia, memang togel tinggal pokok saja lah.
Selepas keluar dari Mezquita, saya dan kawan tengok kiri dan kanan, petik sebiji. Pengawal keselamatan pandang je kami. Alah, sebiji je pun. Takkan nak marah kan? Buang kulit, tengok isi dia bukan seulas-seulas. Tak tahu nak panggil buah apa. Tangerine bukan, clementine bukan, sunkist tu pun bukan. Isi dia macam melekat. Kena cubit pakai jari.
Kawan saya cuba. Bluwek! Dia luah. Saya pun cuba jugak. Pahit!!! Entah apa rasanya. Patutlah burung pun tak makan. Pengawal keselamatan tu macam buat muka sinis. Ciss! Cakaplah. "Dik, tak ada orang makan buah ni." Kan kitaorang boleh batalkan hasrat murni tu. Mujur saya tak telan. Memang tak lalu nak telan pun.
Pantun khas sempena buah oren yang ntah rasa apa ni
Hijau oren sungguh tak padan,
Diguna pakai jarang-jarang,
Cantik molek rupamu tuan,
Hatimu jua disanjung orang.
Sunday, 29 September 2013
Sekitar Sesi Bedah Buku Andalusia, Here We Come!
Kiri saya, Encik Shahrul dan kanan saya Encik Amir; kedua-duanya editor di Galeri Ilmu
Banner! Saya lambat perasan ejaan nama saya tersilap sedikit.
Baju oren tu ialah kawan saya yang bertanya soalan ketika sesi soal jawab. Thanks la Ferd!
Seorang lagi kawan yang hadir tak ada gambar untuk saya masukkan di sini.
Allah sahaja yang selayaknya membalas kebaikan anda semua.
:)
Saturday, 28 September 2013
Pengalaman Pertama
Jujurnya saya memang bukan orang yang layak bercakap di khalayak ramai. Saya tiada pengalaman dan tidak begitu suka expose diri. Tadi saya pecahkan dinding yang menghalang saya selama ini. Saya bercakap di tengah-tengah SACC Mall untuk sesi bedah buku Andalusia, Here We Come!
Walaupun adalah 2, 3 orang yang mendengar sesi berlangsung, tetapi saya tetap berpuas hati. Hari ini, saya lakukan sesuatu yang baru, yang tidak pernah saya buat sebelum ini. Saya sudah keluar daripada zon selesa dan mencabar diri!
Nurisha, you have nothing to lose. Why worry?
Itu yang saya tanya kepada diri apabila saya hampir tidak mahu menyertai sesi ini. Kita tak sangka apa yang kita sebenarnya mampu lakukan apabila melangkah keluar daripada zon selesa selama ini. Dan hari ini saya bangga dapat bercakap di atas pentas bersama dua editor yang lain. Sesuatu yang tidak pernah saya fikir saya akan lakukan sebelum ini.
Yes, why worry? You have nothing to lose anyway.
Bak kata Nike, Just Do It! :)
Gambar ihsan daripada facebook page Alahai! Mutiara Minda MPH
https://www.facebook.com/mphmutiaraminda?ref=stream
Terima kasih sahabat-sahabat saya yang sudi hadir. Din, Ferd dan Alep. Allah sahaja yang membalas kebaikan kalian.
Apa tunggu lagi? Jom keluar daripada zon selesa. Do something. Just do it. :)
Walaupun adalah 2, 3 orang yang mendengar sesi berlangsung, tetapi saya tetap berpuas hati. Hari ini, saya lakukan sesuatu yang baru, yang tidak pernah saya buat sebelum ini. Saya sudah keluar daripada zon selesa dan mencabar diri!
Nurisha, you have nothing to lose. Why worry?
Itu yang saya tanya kepada diri apabila saya hampir tidak mahu menyertai sesi ini. Kita tak sangka apa yang kita sebenarnya mampu lakukan apabila melangkah keluar daripada zon selesa selama ini. Dan hari ini saya bangga dapat bercakap di atas pentas bersama dua editor yang lain. Sesuatu yang tidak pernah saya fikir saya akan lakukan sebelum ini.
Yes, why worry? You have nothing to lose anyway.
Bak kata Nike, Just Do It! :)
Gambar ihsan daripada facebook page Alahai! Mutiara Minda MPH
https://www.facebook.com/mphmutiaraminda?ref=stream
Terima kasih sahabat-sahabat saya yang sudi hadir. Din, Ferd dan Alep. Allah sahaja yang membalas kebaikan kalian.
Apa tunggu lagi? Jom keluar daripada zon selesa. Do something. Just do it. :)
Friday, 27 September 2013
Memperkenalkan buku Andalusia Here We Come!
Tempat : MPH Bookstore SACC Mall Shah Alam
Tarikh : 28 September 2013 (Sabtu)
Tarikh : 28 September 2013 (Sabtu)
Masa : 11 pagi hingga 12 tengahari
Saya akan berada di tempat dan masa di atas untuk mempromosikan buku terbaru saya, Andalusia Here We Come!
Jemputlah datang beramai ramai. :)
Wednesday, 18 September 2013
Andalusia, Here We Come!
Kesyukuran seharusnya dipanjatkan sepenuhnya kepada Allah S.W.T kerana kasih sayang yang melimpah ruahNya, buku kedua saya sudah terbit. Sambungan buku Oh London terbitan PTS Publictions kini berada di pasaran. Tajuk diberi ialah ANDALUSIA HERE WE COME!
Saya akan cuba selalu post di blog yang dah banyak sawang-sawang melekat ni. =) Saya sudah habis belajar dan sedang menunggu keputusan peperiksaan. Doakan saya!
Buku ini di bawah terbitan syarikat Galeri Ilmu Sdn. Bhd. Ada yang mengatakan saya akan dipanggil ustazah kerana menerbitkan buku di bawah Galeri Ilmu. Maklumlah Galeri Ilmu hanya menerbitkan buku-buku tarbiah. Jadi apa salahnya menulis buku yang berkonsepkan tarbiah, kan? Gaya penulisannya masih hampir sama dengan Oh London! tetapi ditambah baik dengan penceritaan yang mencabar.
Pembaca boleh 'like' facebook page buku ini di sini :
Di page tersebut, pembelian buku juga boleh dilakukan di sana. Buku ini hanya berharga RM10. Dengan setiap pembelian, saya akan tandatangan dan menghantar secara percuma! Buku ini juga boleh didapati di laman web Galeri Ilmu, http://galeriilmu.com/
Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan perjalanan penerbitan dan pencetakan buku ini. Melebihi Oh London! lagi. Maklum ini buku kedua, jadi saya lebih berpengalaman dan berhati-hati menulisnya. Saya berharap buku ini akan diberi sambutan yang menggalakkan daripada pembaca. Semoga ada manfaat yang dapat diperoleh daripada membaca buku-buku saya.
Saya akan cuba selalu post di blog yang dah banyak sawang-sawang melekat ni. =) Saya sudah habis belajar dan sedang menunggu keputusan peperiksaan. Doakan saya!
Subscribe to:
Posts (Atom)





