Selama ini kita sering mendengar mengenai keajaiban Al-Quran dalam bidang sains dan teknologi kan? Beberapa bulan yang lepas saya berpeluang mendengar ceramah mengenai keajaiban di dalam Al-Quran yang ditemui melalui bahasa dan sastera yang membentuk menjadi Al-Quran.
Hamza Tzortzis ialah seorang Greek yang memeluk Islam. Beliau seorang public speaker yang sering memberi ceramah mengenai kewujudan Tuhan, keajaiban Al-Quran dan beberapa topik lain. Ini kali ketiga saya mendengar ceramah yang disampaikan beliau. Pertama, "Islam or Atheism", kedua "Does Science Make God Impossible" dan yang terbaru, "The Miracle of Quran". Beliau adalah antara penceramah kegemaran saya di UK.
Mungkin kerana sudah sering membaca dan mendengar tentang keajaiban Al-Quran yang di dalam bidang sains, apabila mendengar mengenai bentuk sastera di dalam Al-Quran, saya tertarik. Baru-baru ini saya membaca dan membuat sedikit kajian semula mengenai topik ini untuk buku terbaru saya. (^_^) Jadi saya terfikir untuk berkongsi ilmu baru ini kepada semua. Bukan saya yang buat pun. Saya cuma seorang pembaca dan pendengar sahaja.
Memang panjang kalau nak baca, tapi saya rasa tak rugi. http://www.hamzatzortzis.com/?page_id=170
Dan yang paling best ialah dengar melalui Youtube. Lebih mudah nak faham. =D
Selamat mendapat ilmu baru!
Friday, 24 February 2012
Sunday, 5 February 2012
It's snowing, finally!
This is my third year in England. For the past two years we were happy for white Christmas in Leicester. We experienced snow as early as mid-December. But this year I was quite disappointed when Mr. Snow didn’t come even on January. I thought I won’t be experiencing snow for the last time here.
But hey! Last evening, it was snowing really really heavy all over UK. Me and my friend were on trip to Stoke on Trent to play at the Water World. FOSIS (Federation of Student Islamic Societies) arranged an event that brings sisters around UK to experience night for all women in Water World. With only female life guard and female participants, it had been the best experience for me that I know I’ll never get in Malaysia.
The journey from Leicester to there was supposed to take around two hours. Due to heavy snow along the road, we arrived later than planned. Many cars stranded on the highway. This is my first time travelling by road during heavy snow. We were all really worried as we can see many vehicles stuck and not moving since the road was slippery.
After playing for three hours in the Water World, we headed back to Leicester. Then something unexpected happened when our coach had some problem and we have to change to another coach. We waited at services for around one hour with thick sow outside. I was too tired to play with other sisters who enjoyed snow ball fight and making snow man at the car park. Well it was 1 in the morning. After swimming and playing for three hours, who won’t fell exhausted?
We safely arrived home at 3.30 am. I couldn’t do anything anymore so I fall asleep as soon as I lied on the bed. Fuhh! It was a great experience. When I woke up today and looking outside the window, I snapped this picture. It’s really nice to meet you again, Mr. Snow!
Tuesday, 31 January 2012
Mawaddah
Sesiapa yang membaca buku Oh London! akan berkenalan dengan watak seorang kanak-kanak bernama Mawaddah dalam bab 9. Hari ini saya ingin berkongsi dengan semua pembaca Oh London! mengenai Mawaddah. Ini kisah benar.
Kisah Mawaddah adalah kisah benar. Bukan rekaan seperti watak-watak yang lain. Watak ibu bapa dan abang-abang Mawaddah juga bukan watak rekaan. Mereka benar-benar wujud. Mawaddah anak istimewa yang lahir di bumi United Kingdom dengan sindrom yang jarang didengar. Sangat jarang. Saya menulis mengenai Mawaddah dengan harapan agar sesiapa yang membaca tulisan saya akan mendoakan kanak-kanak kecil ini supaya membesar dengan sihat dalam lindungan kasih Allah.
Saya sertakan blog tulisan ibubapa Mawaddah untuk pembaca mengikuti kisahnya.
http://dinoor.blogspot.com/
Mawaddah sekeluarga sudah pulang ke Malaysia minggu lepas. Rawatannnya akan diteruskan di Malaysia. Sistem perubatan di Malaysia dan UK berbeza. Saya berdoa agar segalanya dipermudahkan buat anak kecil ini. Saya pernah merasai sendiri pengalaman betapa 'berbeza'nya sistem perubatan UK dan Malaysia. Saya doakan yang baik-baik sahaja untuk Mawaddah.
Saya percaya dengan kuasa doa. Semua orang juga saya percaya, yakin dengan kuasa doa. Marilah kita sama-sama doakan agar Mawaddah terus membesar dengan kuat.

Selamat pulang Mawaddah. =D
Friday, 20 January 2012
Peperiksaan
Esok saya akan menghadapi peperiksaan kertas pertama, Introduction to Financial Mathematics. Kertas kedua menyusul selepas cuti sehari dan terakhir pada 25 Januari.
Berdebar? Tentu. Kerana semua orang inginkan ijazah kelas pertama. Jadi perasaan berdebar itu mesti dilalui. Saya doakan yang baik-baik sahaja untuk saya dan kawan-kawan lain. Semoga Allah memberi kemudahan dan kelancaran untuk menjawab peperiksaan kedua terakhir ini.

I want to graduate next July!
Bismillahhitawakkaltu'alallah.
(Sesiapa yang akan menghadapi exam juga, good luck!!)
Friday, 13 January 2012
Berita bertimpa-timpa.
Baru-baru ni saya dapat tahu kawan sekelas saya daripada tingkatan satu sampai tingkatan tiga akan berkahwin. Saya sangat gembira (gembira yang sangat-sangat tau!) tetapi juga sedih sebab tak dapat hadir. Majlis 6 Feb dan saya jauh beribu batu. Saya buat satu azam setahun yang lepas. Saya nak hadir semua majlis perkahwinan kawan saya tak kira sejauh mana (dalam Malaysia lah) Ini kali kedua seorang lagi kawan saya kahwin. Kali pertama tahun lepas, saya pergi Kota Bharu naik kereta api untuk pergi majlis perkahwinan. Sayang, kali kedua saya tak dapat nak penuhkan azam saya.
Lagi satu berita kahwin. Seorang sepupu saya akan kahwin pada 21 Januari ini. Kali ketiga saya tidak dapat menghadiri majlis perkawinan sepupu-sepupu saya. Inilah kekurangannya bila jauh begini. Ada majlis keraian atau kematian, tak boleh nak pergi. Sedih juga. Itu sudah pasti. Tapi nak buat macam mana kan?
Berita semalam. Gempar jugak di kalangan penuntut Malaysia di UK. (dan saya kira di France juga). Airasia tutup laluan ke London bermula 1 April 2012. Saya sudah siap-siap tempah tiket untuk emak saya datang sempena graduasi saya nanti. Sudahnya, saya dan kawan-kawan pening-pening mencari tiket baru. Perjalanan keluar dan masuk London akan mahal berganda-ganda bermula Julai. Jun masih murah. Kenapa? Saya pun tak tahu. Dan yang menambah gerun ialah GBP jatuh merudum sekarang. Jadi GBP ke RM jadi mahal. Lagi sekali T_____________T.
Tahun ini umur saya sudah masuk 23. (Emak saya ingat saya 21 nak masuk 22. Dia terkejut bila saya kata saya sudah 23. Emak masih fikir saya budak-budak lagi agaknya.. Hehe...) Jujur saya tidak merancang untuk kahwin dalam masa terdekat. Saya rasa saya masih muda (kan??). Apa pun berita kahwin sana sini kadang-kadang membuatkan saya berfikir 'aku ni nak kahwin bila?'. Saya masih tidak ada jawapan. =D
Oh ya! Saya sangat bersyukur kepada Allah kerana memberikan rezeki yang tidak putus-putus. Oh London! memduduki tangga ke 353 sebagai buku yang mencatat jualan tertinggi bagi tahun 2011 mengikut statistik PTS. Lihat sini : http://universitipts.com/index.php/site/comments/judul_yang_terjual_antara_2000_-_2999_unit_bagi_tahun_2011/
Saya berdoa sangat agar jualan akan terus laku selama yang mungkin. Menulis yang pada mulanya sekadar suka-suka memberi pulangan yang boleh tahan. =D
Doakan saya mudah menjawab peperiksaan pasa 21, 23 dan 25 Januari ini. Saya sedang berusaha. Sungguh.

Friday, 6 January 2012
Sunday, 1 January 2012
Selamat Tahun Baru!
Saya jarang tanya orang apa azam tahun baru. Juga saya tak ada azam tahun baru. Bagi saya berazam tak perlu tunggu tahun baru. Ia dilakukan setiap hari. Saya nak kongsikan satu gambar yang saya paling suka sewaktu saya ke Spain tahun lepas. Random kan? Hehe..
Apa pun yang kita buat sekarang, akhirnya kita semua inginkan SYURGA. Satu-satunya matlamat akhir. Saya selalu bertanya kepada diri sendiri. Mampukah?
Subscribe to:
Posts (Atom)